fbpx

[VIDEO] Teruja ‘dihujani’ nota luahan hati Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan ribuan nota yang dijatuhkan untuk peminat.

PETALING JAYA – Ribuan peminat teruja dan terkejut selepas dihujani dengan kertas nota luahan hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika berlangsungnya konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang penonton di akaun TikTok @hezrinaini, para peminat tidak dapat menahan rasa kegembiraan apabila ribuan nota luahan kata-kata dilepaskan dari siling stadium ketika konsert sedang berlangsung.

Pada mulanya, peminat  menyangka kertas tersebut hanyalah prop persembahan semata-mata namun teruja apabila melihat ada mesej berserta tanda tangan penyanyi nombor satu negara diatas kertas tersebut.

“Mula-mula ingatkan kertas biasa, tetapi kertas yang bertajuk surat harapan itu ada isinya,” ujarnya.

“Daripada kami kepada kalian di sana, doa kami sentiasa mengiringi, teruslah kuat kerana sinar pasti menanti dan Allah SWT akan melindungi, salam dari Malaysia,” tambah pengguna itu lagi.

Difahamkan konsert Siti Nurhaliza pada kali ini juga merupakan konsert amal anjuran badan bukan kerajaan (NGO), dimana kutipan konsert akan disalurkan terus untuk bantuan kemanusiaan, terutamanya untuk rakyat Palestin yang sedang menderita akibat perang.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna kagum dengan kelainan yang dibawa oleh TokTi dan berpendapat bahawa surat tersebut ditujukan khas untuk saudara Islam yang sedang bertempur di Palestin.

“Siti Nurhaliza dari dulu sampai sekarang memang sangat kreatif, bertuahnya siapa yang dapat pergi,” komen Jisyuu.

“Surat itu untuk saudara kita di Palestin, sangat mendalam mesej yang dibawa TokTi untuk konsert kali ini, semoga mereka terus kuat,” komen pengguna yang lain. KOSMO! ONLINE

@hezrinaini Surat dari Siti Nurhaliza sebagai kenangan #epitomesayasitinurhaliza ♬ original sound – Erin | Makan Mana

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI