fbpx

Tuduh Bersatu dikuasai kartel, perbuatan tidak bertanggungjawab – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kiri) selepas menyerahkan pindaan Perlembagaan Bersatu ke JPPM, di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari menuduh Bersatu Selangor dikuasai oleh kumpulan kartel adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan wujud kartel dalam partinya, malah menyifatkan Bersatu bergerak atas dasar perlembagaan dan peraturan.

Beliau berkata, dakwaan dibuat oleh Abdul Rashid itu seolah-olah mahu menutup kesalahan kerana menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Tiada kartel, parti ini bergerak atas dasar perlembagaan dan ada peraturan. Abdul Rashid jadi Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri, kalau kartel (wujud kartel), berkartel dengan dia.

“Mana ada kartel, jangan cari sebab apabila lakukan kesilapan besar dituduh parti buat itu. Ia satu perbuatan tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan pindaan Perlembagaan Bersatu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rashid mendakwa Bersatu Se­langor kini dikuasai ‘kumpulan kartel’ yang dipimpin oleh individu ‘baru sehari dua’ sertai parti tersebut.

Menurutnya, ia antara punca mengapa beliau memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor walaupun masih ahli parti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI