fbpx

Pusat hiburan jadi lokasi edar, guna dadah di Sitiawan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG yang berhibur di sebuah pusat hiburan di Sitiawan dibawa ke IPD Manjung, untuk menjalani saringan air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka menggunakan dadah atau tidak. - Foto Ihsan PDRM

LUMUT – Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Sitiawan dekat sini yang dikenal pasti menjadi lokasi pengedaran dan penggunaan dadah pada tengah malam dan awal pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 152 pengunjung ditahan untuk diperiksa dengan 25 orang daripadanya dikesan positif dadah jenis ketamin, methamphetamine dan benzo.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri memberitahu, daripada 25 orang yang positif dadah itu, seramai 14 lelaki tempatan manakala 11 orang lagi perempuan warga Vietnam berusia antara 21 hingga 41 tahun.

“Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, seramai enam perempuan warga Vietnam juga ditahan kerana disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) tanpa memiliki permit kerja yang sah, begitu juga penjaga premis itu yang ditahan kerana disyaki menggaji warga asing bekerja di situ tanpa permit sah.

Beliau memaklumkan kesalahan itu disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63.

Mohd. Yusri berkata, serbuan itu dilakukan susulan penahanan seorang lelaki berusia 28 tahun di hadapan pusat hiburan itu pada pukul 12.35 tengah malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil maklumat awam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dalam kereta lelaki itu, polis menemui lima paket plastik merah berisi bahan disyaki jus minuman berperisa mengandungi dadah anggaran berat 54.45 gram.

Turut dirampas, katanya, satu paket plastik hitam bertulisan ‘keep calm and show middle finger’ berisi jus berperisa mengandungi dadah seberat 31.30 gram; sembilan paket plastik lutsinar setiap satu berisi ketamin seberat 14 gram dan sekeping foil aluminium berisi tujuh pil disyaki pil eramin 5 dengan berat 1.9 gram.

Beliau memaklumkan, anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah itu ialah RM2,936 dan ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI