fbpx

MCMC, Maktab PDRM bangunkan kapasiti jenayah siber, narkotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tujuh dari kiri) pada Majlis Dialog Khas PDRM, di Maktab PDRM. -Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama strategik bagi pembangunan kapasiti berkaitan jenayah siber dan narkotik.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MCMC dan Maktab PDRM menandatangani memorandum persefahaman persefahaman (MoU) bagi menangani kedua-dua jenayah itu.

“Menerusi MoU ini, MCMC dan Maktab PDRM akan menjalin kerjasama dalam aspek kerjasama dan inisiatif pembangunan kapasiti berkaitan siasatan dan penguatkuasaan termasuklah pembangunan bersama silibus.

“Seterusnya, menyediakan kepakaran iaitu pegawai MCMC atau pegawai PDRM sebagai pensyarah semasa latihan dan penyelidikan.

“Selain itu, MoU in adalah penempatan silang dan rentas fungsi untuk kedua-dua agensi,” katanya yang hadir di PDRM Special Dialogue 2024 di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Maktab Polis Kuala Lumpur dijadikan sebagai hub penyelidikan dan siasatan jenayah siber dan narkotik.

“Dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik untuk menangani cabaran ini, saya ingin mengumumkan bahawa PDRM bersedia untuk berfungsi sebagai hub penyelidikan dan latihan pembelajaran pencegahan ancaman keselamatan siber dan penyalahgunaan bahan (substance abuse).

“Inisiatif ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam memerangi ancaman keselamatan siber dan ‘substance use’ dalam negara

“Sebenarnya, di pihak kami ada berbincang dengan Menteri Dalam Negeri untuk meletakkan maktab sebagai hab pembelajaran dan penyelidikan jenayah siber termasuk ‘dark web’ (laman gelap) selain narkotik,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif itu diharapkan dapat menghasilkan pakar-pakar analisis yang mampu mengkaji lokasi dan sumber bekalan dadah diperolehi.

“Apa yang kita mahu adalah menghasilkan pakar analisis yang dihantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang boleh mengkaji bahan.

“Dengan itu kita mahu mereka berada di tahap berkepakaran mampu kenal pasti lokasi asal, sama ada dari Laos, Guatemala atau Mexico berdasarkan bahan berbeza yang digunakan di makmal,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

“PDRM memikul tanggungjawab signifikan melindungi orang awam daripada pelbagai aktiviti jenayah khususnya jenayah siber dan penyalahgunaan bahan.

“Kita komited dalam mempertingkatkan kapasiti penyiasatan, pencegahan dan mengenal pasti jenayah siber.

“Pada masa sama, ia meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya kedua-dua jenayah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI