fbpx

MCMC siasatan kandungan palsu Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.

MCMC memaklumkan, penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun.

“Semalam, empat daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan
rakaman percakapan oleh pihak MCMC.

“Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

Dalam pada itu, beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI