fbpx

Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan juara WSIS 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah World Summit On The Information Society Prizes 2024

PETALING JAYA – Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah World Summit On The Information Society Prizes 2024 (WSIS 2024).

Program berkenaan merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan.

MCMC dalam kenyataan berkata, anugerah berkenaan dimenangi bagi lima Action Lines Kategori 5 iaitu Membina Keyakinan dan Keselamatan dalam Penggunaan ICT.

“Kejayaan inisiatif MCMC meraih Anugerah WSIS membuktikan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap projek yang telah dibangunkan oleh MCMC dalam memperkasakan keterangkuman digital dalam kalangan masyarakat Orang Asli melalui penyediaan akses ICT serta keselamatan dan literasi digital.

“Program ini yang telah bermula sejak tahun 2023 memberi fokus kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak, remaja dan ibu bapa dalam kalangan Masyarakat Orang Asli terhadap amalan terbaik melayari Internet,” katanya di sini hari ini.

Katanya, WSIS Prizes adalah satu pertandingan antarabangsa yang dibangunkan bagi menilai dan mengiktiraf projek cemerlang dalam melaksanakan strategi berorientasikan pembangunan yang memanfaatkan ICT sebagai pemangkin kepada pembangunan.

“WSIS Prizes juga merupakan satu platform untuk mengenal pasti dan mempamerkan kisah-kisah kejayaan dan suri teladan yang boleh dicontohi, untuk menghargai usaha pihak-pihak berkepentingan atas komitmen mereka dan nilai tambah yang diberikan kepada masyarakat ke arah mencapai matlamat WSIS.

“Anugerah WSIS akan disampaikan pada Majlis Anugerah WSIS Prizes 2024 yang akan dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Geneva, Switzerland pada 30 Mei depan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI