fbpx

Chegubard, Papagomo dipanggil MCMC esok untuk rakaman percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papagomo (kiri) dan Chegubard (kanan).

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil pemilik akaun media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard serta Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan esok.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ialah Mohamad Salim Iskandar atau lebih dikenali sebagai Salim Iskandar.

“Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor, manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya di sini tadi.

Jelas MCMC, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI