fbpx

HDC sokong MSPO masuk dalam keperluan sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Azwan

PETALING JAYA – Halal Development Corporation Berhad (HDC) menyokong saranan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani supaya Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dimasukkan ke dalam keperluan pensijilan halal untuk pemasaran minyak sawit.

Jelasnya, dengan memasukkan pensijilan MSPO ke dalam proses pensijilan halal, Malaysia boleh menunjukkan komitmennya terhadap kedua-dua prinsip Islam dan etika penggunaan.

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata, sinergi antara pensijilan halal dan MSPO mewakili peluang penting untuk industri minyak sawit negara.

“Menerusi penggalakan amalan mampan dalam pengeluaran minyak sawit, Malaysia boleh mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal produk halal terkemuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun mengalami turun naik kecil, permintaan global untuk derivatif dan produk sampingan minyak sawit yang disahkan halal telah mempamerkan daya tahan yang luar biasa, mengekalkan laluan stabil di tengah-tengah perubahan dinamik pasaran. 

Nilai eksport bagi derivatif minyak sawit halal ialah RM2.79 bilion daripada jumlah eksport RM59.46 bilion pada 2022, dan negara seperti India, China, Jepun, Korea serta pelbagai negara Eropah seperti Belanda dilihat giat mencari ramuan minyak sawit yang diperakui halal untuk produk makanan, kosmetik, dan farmaseutikal.

“Dalam usaha promosi perdagangan di luar negara, kami telah melihat permintaan yang besar untuk hasil sampingan minyak sawit yang diperakui halal.

“Kami menjangka bermula tahun ini dan seterusnya, perdagangan dalam produk sampingan dan derivatif minyak sawit halal bakal berkembang dengan ketara,” ujar Khairul Azwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI