fbpx

Abe Yoe pakar ‘awah’ Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Abe Yoe yang sibuk 'cekero' awah rempah.

PETALING JAYA – Kelainan ‘awah’ atau rempah ratus Kelantan tidak ada di negeri lain kerana ia disukat dan dicampur sendiri oleh penjualnya mengikut permintaan pembeli.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @raremakan dalam akaun Tik Toknya, rutin seorang penjual rempah ratus dikenali sebagai Abe Yoe pada setiap hari adalah mencampurkan rempah ratus mengikut sukatan khas yang dibuat olehnya.

“Tangan saya dah biasa buat rempah, jadi saya akan ‘cekero’ (sukat) sendiri berapa banyak dan berapa jenis rempah yang diperlukan untuk menghasilkan satu rempah gulai yang sedia untuk dimasak.

“Sejak kecil, saya mula mengikut ayah untuk menjual rempah ratus ini dan perniagaan rempah ratus ini telah diwarisi daripada datuk dan nenek,” katanya.

Difahamkan, antara yang diboleh disukat khas ialah rempah gulai darat, rempah ayam goreng, rempah kari ayam dan daging Kelantan dan rempah gulai kari kambing dijual bermula pada harga RM6 per 300 gram.

Rata-rata pengguna turut mengakui keenakan rempah ratus yang dibeli di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Rempah Kelantan memang terbaik, sekali guna, saya dan mak tak beli rempah yang lain dah,” komen Rohaida Mazlan.

“Menjadi rempah ratus kedai abang ini, saya dah pernah beli, rempah gulai kambing dia memang menjadi, betul- betul sedap,” ujar AR17.

Selain itu, kedai awah rempah tradisional Abe Yoe ini terletak di tingkat dua Pasar Siti Khadijah yang memuatkan pelbagai jenis barangan kering seperti rempah ratus, keropok, serunding dan lain-lain lagi. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI