fbpx

Tabung Haji terima permohonan maaf Datuk Jabidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima permohonan maaf Datuk Jabidah Monseri berkenaan isu kehilangan wang sebanyak RM30,000 dalam akaun miliknya, baru-baru ini.

Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan berkata, pihak pengurusan TH memberikan penerangan terperinci kepada beliau berdasarkan bukti-bukti jelas ketika bertemu dengannya di Kuching, Sarawak, 9 Mac lalu.

Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan berkata, pada pertemuan tersebut, beliau melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf.

“TH menerima permohonan maaf daripada Datuk Jabidah atas kerjasama baik yang telah diberikan,” katanya.

TH berkata, pihaknya mempunyai sistem pengurusan deposit yang selamat dan teguh serta sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan dan integriti operasi.

“Malah, platform dalam talian THiJARI juga telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan yang menepati standard dan amalan terbaik pasaran setaraf dengan aplikasi yang digunakan oleh institusi perbankan,” jelasnya.

Untuk pertanyaan berkenaan sebarang transaksi yang mencurigakan, pendeposit boleh menghubungi Hotline Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Terdahulu, media melaporkan, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun Tabung Haji miliknya, disyaki dipindah ke akaun orang lain serta dikeluarkan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari beliau pada 30 November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI