fbpx

Lelaki hanya makan gula untuk turunkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurulatih kecergasan hanya makan gula untuk turun berat badan. - Foto New York Post

DUBLIN  –  Seorang jurulatih kecergasan di Ireland cuba menurunkan berat badannya dengan makan sejumlah  gula dan minum lima tin soda sehari, lapor akhbar New York Post semalam.

Jurulatih dikenali sebagai Oisin Mulligan dan berusia 25 tahun itu berada pada hari keenam cabarannya untuk hanya makan gula sehingga berat badannya turun sebanyak 5 kilogram.

“Saya melakukan perkara ekstrem ini kerana  ingin menunjukkan kepada anda bahawa jika saya boleh mengambil setengah paket gula dalam sehari dan masih hilang berat badan, maka anda tidak perlu menyeksa diri dengan tidak memakan coklat atau roti kerana berdiet” katanya.

Mulligan pernah menarik perhatian orang ramai pada tahun 2021 kerana makan McDonald’s selama dua minggu dan masih dapat menurunkan berat badannya.

Kini, Mulligan mengalihkan perhatian kepada gula untuk membuktikan bahan manis itu dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. 

Bagaimanapun, ramai pegawai perubatan memberi amaran bahawa pengambilan gula dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko obesiti, sakit  jantung,  diabetes,  tekanan darah tinggi, keradangan dan banyak lagi penyakit lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI