fbpx

Polis pandang serius aduan pemberi maklumat bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaily ketika berucap pada Program Libat Urus Pengarah JSJ bersama masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI, Brickfields, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pegawai polis yang terlibat dalam mana-mana siasatan diminta supaya menjaga dan merahsiakan identiti pemberi maklumat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, satu perbincangan akan dilakukan bersama timbalannya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri mengenai isu ini.

Katanya, aduan yang dibangkitkan akan diterima dan diperbaiki bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di seluruh negara.

“Kurang kepekaan kami dalam memelihara kerahsiaan apabila suspek dan pengadu dipanggil pada hari yang sama.

“Hari ini, semua peringkat termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD), kalau mereka datang main telefon, baik tak payah.

“Mereka ini yang akan jaga perihal siasatan,” katanya ketika menjawab soalan orang awam pada Sesi Libat Urus Pengarah JSJ bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau,, tahap kepercayaan masyarakat terhadap PDRM perlu diperbaiki bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat mengenai jenayah di tempat masing-masing.

Jelas beliau, sesi libat urus antara JSJ dan masyarakat membuka mata pegawai kanan termasuk Ketua Polis Daerah (KPD), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka.

“Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.

“Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI