fbpx

Dua mangsa bot karam bawa bahan letupan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba masih meneruskan pencarian dua mangsa lagi yang masih hilang dalam kejadian bot karam di Kapit, hari ini.

KAPIT – Dua daripada empat mangsa yang hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Batang Baleh dijumpai terapung, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Sarjan Jonathan Lambet, 51 dan Jack Balan, 44.

“Penemuan mayat mangsa pertama iaitu Jack Balan dijumpai terapung oleh pasukan IPD Sibu pada pukul 10 pagi di kawasan perairan Pulau Kerto, Sibu.

“Mayat Jonathan Lambet pula dijumpai terapung pada pukul 4.02 petang oleh pasukan bomba pada jarak dianggarkan lima kilometer dari lokasi bot karam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, BBP Song, IPD Kapit, Pejabat Residen, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta ahli keluarga mangsa.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 6 petang dan misi mencari dua lagi mangsa disambung esok pagi. Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, dan Amerson James Nain, 47,” ,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang Khamis lalu, bot fiber yang dinaiki semua mangsa bersama seorang lagi yang terselamat dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit membawa bahan letupan seberat 35 kilogram dan detonator.

Dua daripada lima penumpang terbabit merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit manakala tiga lagi merupakan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI