fbpx

Polis karam bersama bahan letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR diteruskan hari ini bagi mencari empat mangsa yang hilang selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Batang Baleh, kira-kira 200 meter dari jeti SK Lepong Baleh di sini, petang semalam.

KAPIT – Dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit antara empat mangsa yang hilang selepas bot panjang dinaiki mereka terbalik dan karam di Sungai Batang Baleh, kira-kira 200 meter dari jeti SK Lepong Baleh di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, ketika kejadian bot yang dinaiki kesemua mangsa termasuk seorang lagi yang selamat dalam perjalanan membawa bahan letupan seberat 35 kilogram (kg) dan detonator ke Nanga Tulie, di sini.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian, Sarjan Jonathan Lambet dari Cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari Cawangan Senjata telah ke Kuching untuk mengiringi bahan letupan tersebut.

“Semalam, anggota berkenaan balik ke Kapit dan mengiringi bahan letupan menggunakan jalan darat sehingga ke jeti Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh. Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot jenis fiber ke Nanga Tulie,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, tragedi kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku apabila bot terbabit merempuh pusaran air menyebabkan ia terbalik sebelum karam.

“Seorang mangsa terselamat kerana sempat ditarik oleh orang awam dan membawa ke tepi sungai, manakala empat yang lain masih belum ditemui,” katanya.

Mangsa yang selamat dikenali sebagai Moses Ngui, 47, manakala dua lagi yang hilang ialah Amerson John Nain dan Jack Balan.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari mangsa-mangsa yang hilang diteruskan hari ini.

Operasi melibatkan anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pejabat Residen termasuk ahli keluarga mangsa. Air sungai yang mengalir deras menyukarkan operasi SAR,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI