fbpx

Hanya lima negeri kekal kadar zakat fitrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Hanya lima negeri iaitu Selangor, Melaka, Pahang, Perlis dan Kelantan mengesahkan mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun lalu selaras pengumuman pihak berkuasa agama negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, negeri berkenaan menetapkan nisab paling rendah iaitu sebanyak RM7 dengan Pahang dan Perlis masing-masing mewartakan satu kadar.

“Tujuh negeri lagi dan Wilayah Persekutuan yang meliputi tiga entiti sebagaimana diumumkan baru-baru ini memaklumkan nisabnya meningkat pada kali ini.

“Terengganu mencipta rekod sebagai negeri yang paling tinggi untuk kadar minimum iaitu RM10 berbanding tahun lalu hanya RM8, manakala nisab tertinggi pula ditetapkan RM22,” katanya ketika melancarkan sambutan Ihya Ramadan 1445 di sini petang tadi.

Dalam pada itu, Perak yang memaklumkan kadar minimum zakat iaitu RM8, malah nisab median dan paling tinggi juga dinaikkan dengan masing-masing dua ringgit kepada RM16 dan RM24.

Kedah yang pada tahun lepas memperkenalkan nisab paling rendah iaitu RM6.50 untuk kadar minimum, namun mengumumkan kenaikan kepada RM7.

“Sabah menaikkan nisab tunggalnya di negeri tersebut kepada RM7.50, iaitu kadar sama yang pernah diwartakan pada 2020 sebelum turun kepada RM7 sejak 2021.

“Johor pula yang selama ini cuma ada dua nisab sejak 2019 tetapi untuk tahun ini mengikut jejak negeri-negeri lain dengan memperkenalkan tiga kadar berbeza,” jelasnya.

Bagaimanapun, Sarawak belum lagi mengumumkan nisab zakat fitrah untuk umat Islam di negeri tersebut.

Difahamkan, Majlis Islam Sarawak (MIS) bakal berbuat demikian dalam masa yang terdekat sebagai rujukan bagi masyarakat Islam untuk menunaikan ibadah fardu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI