fbpx

Bot karam: Bahan letupan untuk kerja meletup batu bina jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR bagi mencari empat mangsa yang hilang selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Batang Baleh, kira-kira 200 meter dari jeti SK Lepong Baleh di sini, petang semalam.

KAPIT – Bahan letupan yang dibawa oleh dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, dalam bot panjang yang karam semalam merupakan untuk kerja meletup batu bagi pembinaan jalan raya.

Anggota polis itu antara empat mangsa yang hilang selepas bot panjang dinaiki terbalik dan karam di Sungai Batang Baleh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata pada 6 Mac lalu, dua anggota terbabit iaitu Sarjan Jonathan Lambet dari Cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari Cawangan Senjata telah ke Kuching untuk mengiringi bahan letupan berkenaan.

Menjelas lanjut, beliau berkata mereka kemudian balik ke Kapit semalam dengan membawa bahan letupan itu menggunakan jalan darat sehingga ke jeti SK Lepong Baleh.

“Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot jenis fiber ke Nanga Tulie. Kejadian berlaku semasa bot fiber yang dinaiki lima orang termasuk dua anggota polis IPD Kapit dalam perjalanan ke Nanga Tulie.

“Sesampai di tempat kejadian dan membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai, bot dinaiki mereka telah merempuh air yang berpusar menyebabkan bot terbalik dan karam ke dalam sungai,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Katanya sewaktu kejadian, cuaca cerah, namun air sungai yang mengalir agak deras.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 5 petang semalam, dua anggota IPD Kapit terbabit bersama dua lagi mangsa hilang akibat dihanyut arus deras, manakala seorang lagi selamat.

Mangsa yang selamat dikenali sebagai Moses Ngui, 47, manakala dua lagi mangsa yang hilang ialah Amerson John Nain dan Jack Balan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI