fbpx

Penyelia pengawal keselamatan ditembak di pekan Kapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian

KLANG -Seorang penyelia pengawal keselamatan ditembak daripada jarak dekat dalam kejadian di pekan Kapar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.54 petang itu, mangsa berusia 46 tahun yang terkena tembakan di bahagian tangan, rusuk dan bahu kanan bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada klinik kesihatan Kapar yang memaklumkan telah menerima seorang pesakit warga tempatan yang ditembak di bahagian badan oleh suspek tidak dikenali.

Katanya, hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam telah menembak mangsa dari jarak dekat.

Difahamkan sebanyak empat tembakan telah dilepaskan daripada suspek tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah ditembak di bahagian tangan, rusuk dan bahu kanan.

“Susulan itu, seramai lima suspek lelaki berusia 40 hingga 45 tahun telah ditangkap dalam tempoh tiga jam bermula pukul 10 malam di sekitar kawasan Kapar bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Justeru, Vijaya mengesan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tersebut tampil menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau balai polis berhampiran. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI