fbpx

Lelaki nak kahwin baharu lepas seminggu cerai, perlu buat permohonan poligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan lelaki yang mahu berkahwin baharu sewaktu tempoh iddah bekas isterinya, perlu membuat permohonan poligami di mahkamah syariah.

Peguam syarie, Hairi Mustafa menerusi penjelasan beliau di TikTok memberitahu, tidak menjadi kesalahan sekiranya lelaki itu mahu berkahwin lain meskipun baru sahaja berpisah selama seminggu.

Bagaimanapun, katanya permohonan perlu dibuat disebabkan dalam tempoh iddah, pasangan bercerai tersebut boleh rujuk semula sebagai suami isteri yang sah.

“Selagi isteri maih dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan isteri yang diceraikan tersebut.

“Jadi, permohonan poligami dibuat untuk elakkan suami ambil kesempatan berpoligami jika dibenarkan berkahwin dengan wanita lain dalam tempoh iddah tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI