fbpx

Kadar zakat fitrah di Melaka kekal RM7, RM14, RM21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, hari ini.

MELAKA – Kadar zakat fitrah untuk umat Islam di negeri ini pada tahun 2024 dikekalkan iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kadar itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 03/2023 yang bersidang pada 19 hingga 21 November tahun lalu.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah berbincang dan bersetuju mengenai penetapan kadar zakat fitrah di negeri ini pada 2024 dikekalkan dengan tiga kadar iaitu RM7, RM14 dan RM21,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI