fbpx

Berduet dengan Nourul? Sudah tiada ‘rasa’ – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komposer dan penyanyi Ajai tidak rasa berduet dengan bekas isteri, Nourul adalah satu langkah tepat.

PETALING JAYA – Tiada lagi keserasian dan keikhlasan, penyanyi Ajai mengakui sukar untuk bergandingan semula dengan bekas isterinya, Nourul Wahab mendendangkan lagu duet popular mereka atas satu pentas.

Ujar Ajai atau nama lengkapnya Mohd. Faizal Maas, 49, setiap persembahan duet memerlukan penjiwaan dan itu tidak lagi wujud antara mereka berdua.

“Jujur saya cakap memang susah, pada saya apa yang berakhir biarkan berakhir dan saya mempunyai pendirian, bukannya tidak profesional tetapi apabila bekerja sebagai penyanyi kita perlu keserasian dan keikhlasan.

“Bukan saya marah atau belum melupakan kisah lama cuma persembahan duet memang memerlukan rasa dan penjiwaan mendalam supaya orang dengar pun berkesan di telinga mereka.

“Sejujurnya saya sudah tiada lagi rasa itu dan enggan memaksa perasaan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Ajai berkata, hubungannya dengan Nourul tidak dilanda masalah, sebaliknya masih baik-baik sahaja demi anak perempuan mereka iaitu Ayu Nazirah.

Pun begitu, pelantun lagu Aduh itu mengakui komunikasi antara mereka berdua semakin berkurangan memandangkan permata hati mereka kini sudah dewasa serta semakin berdikari.

Ajai dan Nourul pernah mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kemudian bercerai pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI