fbpx

Pesawat ringan terhempas di lebuh raya, 5 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat ringan terhempas dekat sebuah lebuh raya di Tennessee, malam kelmarin. - Foto X/Polis Metropolitan Nashville

WASHINGTON – Lima orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran lebuh raya rentas negeri di Tennessee, Amerika Syarikat, lapor agensi berita UPI semalam.

Polis Metropolitan Nashville berkata, pada malam kelmarin, pesawat enjin kecil itu terhempas dekat lebuh raya I-40 dan mengorbankan lima orang yang berada di dalamnya.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Nashville Metropolitan berkata, ia menerima amaran mengenai sebuah kapal terbang ringan terhempas selepas waktu senja iaitu kira-kira 4.82 kilometer di selatan Lapangan Terbang John C. Tune.

Video dirakam oleh pemandu kenderaan yang berada berhampiran lokasi nahas menunjukkan kebakaran berlaku di kawasan pesawat terhempas.

Jurucakap Polis Metro Nashville, Don Aaron berkata, pesawat itu mengalami kegagalan enjin sejurus sebelum terhempas di kawasan berumput.

“Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan akan menyiasat kemalangan pesawat itu,” kata pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI