fbpx

Mayat reput ditemukan dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki reput ditemukan dalam sungai di Batu 3 1/2, Jalan Maharajalela, Teluk Intan kelmarin.

TELUK INTAN – Satu mayat yang telah reput dijumpai orang awam di dalam sungai di Batu 3 1/2, Jalan Maharajalela di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, maklumat penemuan mayat tanpa identiti itu dilaporkan kepada polis pada pukul 12.05 tengah hari dan siasatan mendapati mangsa tersangkut di batang kayu yang melintang di anak sungai tanpa berpakaian.

“Keadaan simati sangat teruk dengan terdapat banyak bahagian tubuh yang telah dimakan biawak dan bahagian muka simati juga sudah tidak sempurna,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba Teluk Intan telah datang ke lokasi kejadian dan membawa simati naik ke darat dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada simati.

“Mayat simati dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat dipastikan ekoran mayat yang telah reput,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI