fbpx

Bekas CEO syarikat telekomunikasi didakwa tipu RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Razain ketika dibawa untuk proses pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu sebanyak RM250,000 untuk penganugerahan kerja-kerja kejuteraan pemasangan telekomunikasi, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Razain Hashim, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mohd. Razain sebelum ini dikenakan waran tangkap atas ketidakhadirannya semasa prosiding pertuduhan pada 28 Februari lalu.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Mohd. Razain dengan curang telah mendorong seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat untuk menyerahkan keseluruhan RM250,000 secara perbankan talian ke akaun bank milik bekas syarikat tertuduh.

Ini selepas tertuduh memperdayakan lelaki berkenaan bahawa dirinya boleh menganugerahkan Project of Enginering Services for Maxis Installation and Fixed Monopole New Site Project Peninsular Malaysia 250 Units Foundation of Pole” berjumlah RM47.25 juta.

Kesemua perbuatan itu dilakukannya di sebuah bank di Taman Putra Ampang, dekat sini pada 29 April dan 3 Mei 2021.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Alif Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili Peguam T. Harpal Singh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali sebulan.

Anita menegaskan bayaran jaminan sebanyak RM20,000 perlu dibayar hari ini dan baikinya pada tarikh sebutan semula iaitu 11 Mac depan.

Waran tangkap terhadap tertuduh turut dbatalkan mahkamah. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI