fbpx

Apple didenda lebih RM9 bilion langgar undang-undang EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar fail menunjukkan bendera EU dan logo Apple. -- AFP

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) mendenda Apple lebih €1.8 bilion (RM9.2 bilion) kelmarin kerana melanggar undang-undang EU dengan menghalang pengguna di Eropah mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan penstriman muzik lebih murah.

Pengeluar iPhone itu akan segera mengemukakan rayuannya. Ia adalah denda antimonopoli pertama dikenakan terhadap Apple oleh Brussels susulan aduan oleh firma gergasi penstriman Sweden, Spotify.

Suruhanjaya Eropah mendapati Apple mengenakan sekatan terhadap pengeluar aplikasi dengan melarang mereka daripada memaklumkan kepada pengguna iOS mengenai perkhidmatan langganan muzik lebih murah di luar App Store.

“Perbuatan ini dilarang di bawah undang-undang antimonopoli EU,” kata suruhanjaya berkenaan.

Penalti €1.84 bilion (RM9.4 bilion) itu adalah denda antimonopoli ketika terbesar pernah dikenakan oleh Suruhanjaya Eropah.

Denda asas kerana melanggar undang-undang EU adalah €40 juta (RM204 juta) tetapi penguatkuasa persaingan Suruhanjaya EU, Margrethe Vestager berkata, denda sedemikian ibarat ‘saman letak kereta’ buat syarikat gergasi seperti Apple.

Oleh kerana itu, suruhanjaya sama menambah jumlah €1.8 bilion sebagai penalti bersifat ‘pencegahan’.

“Denda keseluruhan €1.84 bilion ini menyamai 0.5 peratus pendapatan Apple di seluruh dunia.

“Kami mengarahkan Apple supaya tidak mengulangi amalan serupa pada masa hadapan,” kata Vestager.

Aduan Spotify dalam tahun 2019 mencetuskan siasatan menyeluruh terhadap Apple pada 2021. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI