fbpx

Wanita lapor polis ‘rider’ miang hanya pakai baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - AFP

BANGKOK –  Seorang wanita di Thailand memberi amaran kepada pengguna aplikasi teksi motosikal selepas insiden dia membonceng motosikal ditunggang pemandu berkelakuan tidak senonoh, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menurut wanita berusia 20 tahun tersebut, kejadian berlaku pada 1 Mac lalu sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).

Dia menggunakan aplikasi yang tidak didedahkan itu untuk perjalanan dari daerah Bangkok Noi ke Chatuchak.

Selepas menaiki motosikal tersebut, pemandunya dikatakan merapatkan kakinya dengan kaki wanita berkenaan, menyebabkan mangsa menyedari lelaki itu tidak memakai seluar.

Mangsa dengan segera turun daripada  motosikal sebelum meminta bantuan daripada seorang pemandu teksi untuk menghantarnya ke balai polis.

Selepas memuat naik hantaran di media sosial menunjukkan bukti kejadian, pemandu lelaki tersebut dikatakan menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook dan meminta mangsa memadam video berkenaan.

Lelaki itu mengaku dia dalam keadaan mabuk dan sanggup untuk memberikan perkhidmatan penghantaran percuma selama sebulan sebagai tanda meminta maaf.

Namun, wanita berkenaan tidak menghiraukan mesej itu sebaliknya. Dia meneruskan laporannya kepada pihak polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI