fbpx

Tapak kaki ‘gergasi’ di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan tapak kaki ini datang dari kawasan hutan dan mengikuti laluan pantai sejauh kira-kira 20 meter. - DevonLive/BPM

LONDON – Sekumpulan penduduk  terkejut apabila menemui kesan tapak kaki bersaiz besar di tepi sebuah pantai di Devon, England, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sebilangan netizen berpendapat ia merupakan tapak kaki makhluk dikenali sebagai Bigfoot.

Menurut kumpulan  yang menemui tapak kaki tersebut,  jejak itu  datang dari kawasan hutan berhampiran dan mengikuti laluan pantai sejauh kira-kira 20 meter. Ia kemudian kembali ke kawasan hutan.

“Kesan jejak itu besar. Saya bersaiz (kaki) 11 dan ia bersaiz separuh lebih besar. Jelas  sekali ia tapak kaki dengan setiap jejak amat sempurna seperti yang anda boleh lihat dalam gambar yang dirakam,” kata salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan mengenai penemuan kesan tapak kaki bersaiz gergasi di Britain yang dipercayai Bigfoot.

Beberapa pakar mendakwa bahawa makhluk berbadan besar dan berbulu yang disebut dalam cerita rakyat itu wujud di Britain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI