fbpx

Setiap 43 saat, satu beg darah diperlukan selamat nyawa pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bagi setiap selang masa 43 saat, satu beg darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

KKM menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, menyeru orang ramai untuk bersama-sama terlibat sebagai penderma darah bagi memastikan bekalab darah di pusat perubatan seluruh negara mencukupi.

“Orang ramai diminta untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah seluruh negara.

“Layari Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Darah Negeri untuk maklumat lanjut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, negara memerlukan kira-kira 500,000 beg darah setahun atau 2,000 beg darah sehari untuk pesakit yang memerlukan dan jumlah itu boleh ditampung berikutan bekalan sedia ada melebihi keperluan.

Katanya, berdasarkan bekalan sedia ada, lebih 800,000 beg darah berjaya dikumpulkan untuk keperluan rakyat Malaysia.

Tambahnya, pada masa ini, nisbah penderma darah negara ialah 23 penderma dengan 1,000 penduduk, namun ia perlu ditingkatkan kepada 30 hingga 35 penderma menjelang 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI