fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri pada sebelah petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan antara kawasan terlibat adalah di Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu), serta seluruh Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, keadaan yang sama dilaporkan melanda Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Hujan lebat juga tertumpu sekitar Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Selain itu di Sarawak, turut terkesan kawasan Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang,” jelas MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI