fbpx

Cuaca buruk landa Johor, Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Johor serta Sarawak pada sebelah pagi ini.

Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Mersing, Johor serta Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah).

Sehubungan itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan tersebut sepanjang tempoh yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI