GAMBAR HIASAN

Balik kampung atau beraya di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM tempoh seminggu ini, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia akan meraikan kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadan.

Bulan Ramadan biasanya disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira, namun tidak kurang juga ada yang mengeluh kerana perlu melaksanakan kewajipan berpuasa selama sebulan.

Pelbagai kerenah dan ragam dapat disaksikan sepanjang Ramadan yang dianggap sebagai bulan keberkatan. Bagi mereka yang benar-benar merindui Ramadan, sudah pasti ibadah akan dilipatgandakan demi mendapatkan keredaan Allah.

Bagi anak-anak yang bersekolah, kehadiran Ramadan tahun ini cukup istimewa. Mereka akan berpuasa pada minggu pertama sesi persekolaan baharu, iaitu selepas melalui cuti panjang selama hampir sebulan.

Suasana itu menjadikan ibu bapa sebagai kelompok masyarakat paling sibuk. Selain perlu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, ibu bapa juga perlu bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Ramadan.

Dalam hal ini, isu kewangan sedikit menjadi beban terutama bagi keluarga B40 dan M40. Setiap persiapan, baik dalam hal persekolahan anak-anak sehinggalah kepada kedatangan Ramadan pastinya memerlukan kos yang tinggi untuk dibelanjakan.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mula memikirkan soal sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mengikut kalendar tahunan, umat Islam dijangka meraikan 1 Syawal pada 10 April 2024 iaitu bersamaan hari Rabu.

Bagaimanapun, isu yang muncul setiap kali tibanya Aidilfitri adalah tentang perancangan balik kampung terutamanya melibatkan golongan perantau.

Berdasarkan statistik tahun lalu, lebih 10 juta perantau dengan kebanyakan daripada mereka dari Lembah Klang akan bermigrasi Aidilfitri untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Antara yang paling terasa adalah perantau dari Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung sama ada untuk bekerja ataupun belajar.

Bagi mereka, pulang ke kampung pada musim Aidilfitri adalah sesuatu yang dinantikan, namun perlu berkorban dari segi wang ringgit untuk membeli tiket penerbangan.

Ada yang sudah merancang lebih awal dan berpeluang membeli tiket pada harga murah. Bagaimanapun, bagi yang belum membuat persiapan, mereka perlu mengeluarkan belanja lebih untuk tujuan itu.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan penetapan harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan iaitu sebanyak RM599 untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri.

Harga itu walaupun telah diberikan subsidi oleh kerajaan, ia tetap satu jumlah yang besar jika mengambil kira jumlah ahli keluarga yang pulang beraya.

Sebagai contoh, satu keluarga terdiri daripada ibu bapa dan dua anak perlu memperuntukan sekurang-kurangnya RM4,500 hanya untuk membeli tiket penerbangan.

Harus diingat, jumlah RM4,500 itu adalah bersamaan dengan gaji sebulan bagi kebanyakan pekerja di Malaysia.

Persoalan kini, berbaloikah menghabiskan duit sebanyak itu hanya untuk pulang ke kampung berhari raya bagi tempoh tidak sampai seminggu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN