fbpx

Amelia Christie sudah ‘move on’, netizen beri semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Amelia Christie memberi bayangan bahawa kini dia sudah 'move on' daripada cinta lalu.

PETALING JAYA – “Ini adalah permulaan untuk mencintai diri sendiri.”

Demikian luahan pelakon Amelia Christie yang mencetuskan pertanyaan dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Perkongsian tersebut disifatkan sesetengah pihak seolah-olah gambaran perasaannya ketika ini yang sedang beralih fasa mahu lebih mengutamakan hati sendiri.

Spekulasi tercetus susulan khabar angin percintaannya dengan Sharnaaz Ahmad yang didakwa sudah putus walaupun pelakon itu membuat penafian tentang sebarang status hubungan mereka.

Dalam hantaran berlainan, pelakon berusia 24 tahun itu turut menulis kapsyen berbunyi: “Diterbang biar, dikurung jangan.”

Sebagai maklum balas, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat dan menganggap Amelia kini sudah ‘move on’, selain berharap si cantik itu menemui jodoh yang lebih baik.

“Saya bukan mahu kurang ajar, tapi awak layak mendapat lelaki baik. Awak cantik, baik hati dan sabar,” tulis seorang peminat.

“Mulakan kehidupan baru, babak baru dan aura baru. Anda berhak mendapat semua aura positif,” kata pemilik akaun lain.

Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.

Gosip itu mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.

Amelia juga bertegas tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial lain, merujuk kepada Sharnaaz.

Hubungan antara mereka dikatakan intim selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan, bahkan kedua-duanya bercuti ke Jepun bersama bekas isteri aktor terbabit, Noor Nabila tahun lalu.

Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI