fbpx

SpaceX lancar angkasawan baharu ke ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET Falcon 9 milik Space X berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida semalam. – AFP

WASHINGTON  –  Tiga angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan  seorang kosmonaut Russia berlepas dari Florida malam semalam untuk misi selama enam bulan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Roket Falcon 9  yang membawa mereka, berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida  pukul 10.53 malam (waktu tempatan).

Beberapa minit selepas pelancaran, roket itu meluncur di atas Lautan Atlantik dan bergerak pada kelajuan 9,600 kilometer sejam, kata pengulas saluran televisyen NASA TV.

Kapal angkasa itu mengambil masa kira-kira sembilan minit untuk memasuki orbit dan bersedia untuk berlabuh di ISS. Ia juga akan membawa pulang empat angkasawan lain dari ISS.

Percubaan pertama melancarkan misi itu kelmarin terpaksa dibatalkan akibat angin kencang.

Kapal angkasa berkenaan, Endeavour membawa tiga angkasawan lelaki dan seorang angkasawan wanita ke ISS. Ia sebelum ini dilancarkan sebanyak empat kali oleh syarikat aeroangkasa SpaceX milik Elon Musk.

SpaceX menyediakan perkhidmatan pelancaran angkasawan untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)  sejak  tahun 2020 di bawah Program Kru Komersial  NASA.

Misi kali ini yang dinamakan Crew-8, diketuai oleh Matthew Dominick dan disertai rakan sepasukannya  dari AS, Jeanette Epps disamping kosmonaut Russia, Alexander Grebenkin.

Angkasawan keempat ialah Michael Barratt, juga dari AS yang melakukan lawatan ketiga beliau  ke ISS. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI