fbpx

‘Pelamin anganku’ disambar bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada bunga api menyambar hiasan bunga, menyebabkan api menjadi marak. – TikTok

JAKARTA  –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan  kebakaran yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan akibat  penggunaan bunga api sebagai hiasan, lapor program berita Liputan6 semalam.

Dalam video berkenaan yang dimuat naik di platform TikTok, suasana majlis itu awalnya meriah dengan kumpulan penari wanita membuat persembahan.

Turut kelihatan  adalah percikan bunga api yang dinyalakan di hadapan pentas pelamin.

Tiba-tiba, bunga api yang digunakan menyambar hiasan bunga, menyebabkan api menjadi marak.

Beberapa lelaki cuba memadam api tersebut, manakala kumpulan penari wanita tetap meneruskan tarian dengan tenang.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan sebelum sempat merebak ke perhiasan lain atau menjadi lebih  marak, manakala majlis perkahwinan pula tetap diteruskan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Siapalah punya idea untuk menyalakan api di dalam khemah,” kata seorang netizen.

“Penari tetap teruskan menari,” kata netizen  lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI