fbpx

Luahan Pembaca: ‘Kami mahu pakai baju sukan, cuaca panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa merayu murid KAFA dibenarkan memakai pakaian sukan ke sekolah ketika berdepan cuaca panas. - GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Meteorologi meramalkan negara kita mengalami cuaca panas disebabkan fenomena El-Nino sehingga bulan Jun ini. Keadaan itu sebenarnya berlaku setiap tahun tetapi kali ini dikatakan lebih panas daripada biasa.

Difahamkan, ketika ini, kebanyakan sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah menarik balik arahan pemakaian baju sukan pada pembukaan sesi sekolah 2024/2025.

Memo itu turut menyebut, sekolah tidak terikat dengan standard pemakaian ditetapkan Kementerian Pelajaran iaitu dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan dan sehari baju kokurikulum.

Penarikan arahan itu bermakna murid-murid perlu memakai pakaian seragam sekolah lengkap iaitu baju Melayu, sampin dan songkok.

Bagaimanapun, arahan ber­kenaan menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa terutamanya bagi murid sesi petang berikutan cuaca panas terik ditambah sesi persekolahan pada bulan Ramadan.

Anak-anak pastinya akan penat dan dehidrasi.

Mereka menunggu bas sekolah seawal 1.30 petang ketika matahari tegak di kepala dan pulang pukul pada 5.30 petang.

Saya mewakili ibu bapa memohon pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menambah baik memo bertarikh 20 Rajab 1445H itu agar anak-anak lebih fleksibel untuk ke sekolah memandangkan bulan Ramadan.

Saya memohon JAIS mempertimbangkan kembali pemakaian baju sukan KAFA sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak untuk belajar selain menge­lakkan murid mengalami dehidrasi kerana kepanasan.

IBU SHAH ALAM
Bukit Subang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI