fbpx

Dewan Rakyat: Pembangkang bantah pegangan MAHB dijual kepada GIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHB - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk satu konsortium bersama Global Infrastructure Partners (GIP) untuk memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang membangkitkan perkara itu bagaimanapun mendakwa, GIP adalah milik penuh pengurus dana terbesar di dunia iaitu BlackRock yang merupakan pemegang saham kepada syarikat pembekal senjata yang membunuh rakyat Palestin di Gaza.

“Jadi saya minta komitmen Wisma Putra dan juga Ahli Parlimen kerajaan membantah pendekatan ini untuk menjual pegangan MAHB kepada GIP,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab dakwaan tersebut, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alami memaklumkan beliau belum menerima maklumat berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Luar akan mengambil tindakan yang perlu termasuk memberi pandangan kepada semua agensi terlibat jika menerima maklumat mengenainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI