fbpx

Suami jerit api tetapi saya tidak sempat selamatkan – Isteri lelaki rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasir (kanan) yang dilaporkan rentung dalam kejadian kejadian kebakaran 16 rumah setinggan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Luluh hati seorang isteri apabila gagal menyelamatkan suami yang lumpuh daripada rentung dalam kebakaran di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Suata Pak Kana, 60, isteri kepada Nasir Yaakob, 60, yang rentung dalam kejadian kebakaran 16 rumah setinggan itu berkata, gerak hatinya untuk ke bilik air pada pagi kejadian  menyelamatkan dirinya.

“Suami sedar api di sebelah rumah sudah marak dan sempat menjerit api-api, tetapi saya tidak sempat mengangkatnya yang lumpuh separuh badan keluar dari rumah sewa kami.

“Saya lihat jiran juga cuba memadam kebakaran yang berlaku, namun api terlalu marak,” katanya ketika ditemui di pekarangan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Sementara itu, menantunya, Muhammad Azhary Ali Azhar, 33, berkata, dia dihubungi Suatu yang memaklumkan kediaman mereka terbakar dan mengorbankan bapa mentuanya kira-kira pukul 5 pagi.

“Ayah (bapa mentua) lama menghidap penyakit angin ahmar dan lumpuh separuh badan. Mak (Ibu mentua) ada hubungi saya sekitar pukul 5 pagi maklumkan rumah mereka terbakar dan tidak ada orang dapat tolong ayah keluar dari rumah itu,” katanya.

Muhammad Azhary berkata, dia dan isteri serta anak tidak tinggal di rumah berkenaan dan ibu bapa mentuanya baru berpindah di situ kira-kira lima tahun lalu.

“Mak cuma maklumkan api ketika itu terlalu marak dan dia tidak mampu untuk mengangkat ayah. Saya ada meminta mak meminta bantuan jiran, namun ketika itu keadaan terlalu kelam kabut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki ditemui rentung dalam kebakaran 16 buah rumah setinggan di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 pagi.

Dalam kejadian itu, dua mangsa warga emas masing-masing berusia lingkungan 60-an ditemui rentung di bawah runtuhan bumbung rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI