fbpx

Dua warga emas rentung ditemui bawah timbunan bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran mengorbankan dua nyawa warga emas di hadapan Scoot Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dua warga emas ditemui rentung dalam kebakaran 13 buah rumah setinggan di hadapan Scoot Garden, Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada pukul 4.57 pagi tadi tentang kebakaran itu.

Jelasnya, seramai 46 orang anggota pelbagai pangkat terdiri daripada tujuh buah balai bersama 11 jentera termasuk ALP (air lifting platform) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan 13 buah rumah setinggan hangus terbakar 100 peratus. Dalam kejadian itu, dua orang mangsa ditemui telah rentung di bawah runtuhan bumbung rumah.

“Kedua-dua mangsa dikenalpasti adalah warga emas dan berusia 60-an,” katanya di laman Facebook.

Jelas kenyataan itu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI