fbpx

Dividen KWSP bukti kerajaan berusaha untuk rakyat, negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa syukur dan gembira susulan pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata berpuas hati dengan kadar tersebut yang dilihat meningkat berbanding tahun lalu terutama bagi simpanan syariah.

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Adli berkata, meskipun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan hutang negara yang diwarisi, rakyat masih mendapat pelbagai manfaat dan bantuan.

“Alhamdulillah, walaupun negara mengalami kekangan kewangan, kenaikan dividen KWSP membuktikan kerajaan berusaha sebaiknya untuk rakyat dan negara,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Mukhlis Zulkifli berkata, dia bersyukur dengan prestasi KWSP yang menunjukkan peningkatan khususnya bagi simpanan syariah.

“Alhamdulillah, dividen syariah sudah mula meningkat. Syukur atas rezeki yang diberikan dan terima kasih Kerajaan Madani,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Ahmad Zulqarnain mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan syariah bagi 2023.

Kadar baharu itu lebih tinggi berbanding 2022 iaitu 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI