fbpx

Cuaca mendung di Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini melaporkan keadaan cuaca agak mendung di Semenanjung negara terutama di kawasan tengah dan timur.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, hujan dibeberapa kawasan dicerap di sekitar negeri Johor dan juga bahagian timur dan selatan Pahang dengan keadaan cuaca hujan dijangka akan mula bergerak ke kawasan tengah Semenanjung bermula pada awal tengah hari nanti.

“Sementara itu di Sabah dan Sarawak pula, keadaan cuaca ketika ini baik dan tiada hujan di kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak kecuali di bahagian Kuching yang dijangkakan akan beransur dalam sedikit masa lagi.

“Pada sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca hujan serta ribut petir di sekitar Semenanjung akan berlaku di semua negeri namun lebih tertumpu di sekitar selatan negeri Kedah sehingga ke negeri Johor serta bahagian tengah Semenanjung,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, di Malaysia timur keadaan cuaca pada lembap di sebelah petang dan hujan dijangka akan berlaku di hampir kesemua bahagian di Sarawak manakala di Sabah akan lebih tertumpu di sekitar pedalaman serta pedalama pantai barat Sandakan dan juga bahagian Tawau.

“Selain itu, carta angin pada ketika ini menunjukkan angin Timuran mendominasi di kebanyakan kawasan terutamanya di utara Semenanjung dan juga negeri Kelantan, bahagian tengah Terengganu, utara Sarawak dan hampir keseluruhan Sabah dengan kelajuan sederhana di antara 20 hingga 30 kilometer sejam.

“Bagaimanapun setakat ini tiada amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan oleh MetMalaysia dan dalam masa sama keadaan angin Timuran juga bertiup lemah di sekitar bahagian tengah dan selatan Semenanjung serta selatan Sarawak,” ujarnya.

Katanya, keadaan itu berpotensi menyebabkan keadaan cuaca yang lebih lembap di kawasan yang berkenaan di Sarawak khususnya, justeru amaran kategori waspada dikeluarkan dengan jangkaan hujan berterusan berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari akan datang . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI