fbpx

RM3.5 juta bantuan awal persekolahan asnaf, fakir miskin di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Mohamad Rizam (dua dari kanan) menyampaikan bantuan awal persekolahan di Pendek, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memperuntukkan dana bantuan awal persekolahan sebanyak sebanyak RM3.5 juta kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu memberi manfaat kepada seramai 23,896 pelajar daripada 9,064 isi rumah.

Katanya, jumlah itu, menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun lepas iaitu RM2.5 juta.

“Bantuan tersebut merupakan satu skim bantuan diurus oleh Unit Agihan Zakat Maik yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Pada peringkat permulaan, bantuan itibaren dimasukkan ke akaun ibu bapa dan setiap pelajar yang layak akan menerima sebanyak RM150 seorang,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Maik 2024 di Pendek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Mohamad Rizam memberitahu, Maik telah membuat penambahbaikan dengan menukarkan kaedah agihan iaitu menyediakan pakaian dan peralatan persekolahan bermula sesi persekolahan pada 2019 dan 2020.

Dalam perkembangan lain, seramai 10 pelajar wanita menyertai Maahad Tahfiz Al-Quran (Perempuan), Pendek di sini yang merupakan projek perintis Maik dalam melahirkan lebih ramai hafizah al-Quran – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI