fbpx

Wujud pangkalan data usahawan bumiputera, bendung ali baba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika Diskusi Madani 1: Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Pangkalan data bagi usahawan bumiputera perlu diwujudkan bagi mengelak ketirisan dan membendung kegiatan ‘ali baba’.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia bagi membolehkan kerajaan melaksanakan saringan serta mengesahkan sesuatu perniagaan berkaitan bumiputera secara berkesan.

Katanya, beliau percaya bahawa pangkalan data ini dapat membantu memastikan hanya usahawan bumiputera yang layak menerima projek atau insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kita tidak boleh ada pangkalan data seperti di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan lain, Perdagangan dan Industri (MITI) lain, kementerian ini lain tidak boleh.

“Kita nak pangkalan data ini, kalau tak ada sampai bila-bila kita akan lakukan kesilapan, beri peluang atau didik usahawan yang bukan usahawan sebenar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Diskusi Madani 1: Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, pada diskusi berkenaan Johari berkata, konsep ‘ali baba’ kini mula menjadi punca utama majoriti usahawan bmiputera gagal mencapai kejayaan.

Beliau berkata, konsep yang dijalankan oleh pihak tidak bertanggungjwab sejak sekian lama itu agak sukar untuk diubah ketika ini.

“Negara kita sudah merdeka 67 tahun, bumiputera ada 70 peratus tapi kita masih lagi terperangkap dalam ekonomi seperti hari ini.

“Kita tak berjaya lahirkan usahawan seperti masyarakat Cina yang berjaya kerana mereka tekun dan fokus buat kerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI