fbpx

Tiga matlamat utama digaris perkasa TEB – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Kongres Bumiputera 2024 di sini, hari ini. Foto AISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) sebagai dasar baharu agenda ekonomi bumiputera.

Beliau menggariskan tiga matlamat utama dalam mencapai usaha berkenaan iaitu keadilan sosioekonomi, kemampanan negara bangsa serta kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, ketiga-tiga matlamat utama ini bagi memastikan, dasar dan pelaksanaan agenda ekonomi negara, bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak bumiputera tetapi pada masa yang sama memastikan wujudnya kesalingan dengan bukan Bumiputera.

“Mahu atau tidak, rela atau tidak, kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar aktiviti ekonomi negara.

“Bertitik tolak daripada hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tidak mahu lagi aktiviti ekonomi dikaitkan dengan identiti kaum, hari ini tembok itu telah pun berjaya diruntuhkan.

“Kaum bumiputera tidak lagi sinonim dengan usaha tani, Cina bukan lagi mendominasi gelaran saudagar begitu juga dengan kaum India, tidak lagi berlegar di perladangan,” katanya ketika berucap pada perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini hari ini.

Jelasnya, atas semangat ini, tiga matlamat utama yang digariskan, menuntut semua kaum ‘bahu-membahu’ membangunkan negara.

“Menghormati agihan yang adil di samping menerima hakikat, usaha memartabatkan penyertaan bumiputera dalam semua sektor ekonomi adalah dalam kerangka Perlembagaan Negara.

“Ia juga bagi memadamkan penceritaan ekonomi negara dikuasai oleh kumpulan minoriti, yang tentunya mengundang resah kaum majoriti, dan pada akhirnya mewujudkan kesenjangan sosial.

“Ia juga bagi memadamkan penceritaan ekonomi negara dikuasai oleh kumpulan minoriti, yang tentunya mengundang resah kaum majoriti, dan pada akhirnya mewujudkan kesenjangan sosial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI