fbpx

RUU Anti Ali Baba bakal dibentang hujung tahun ini – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi langkah untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Ali Baba supaya ia dapat dibentangkan di Dewan Rakyat akhir tahun ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah itu bertujuan untuk mengenal pasti punca, isu dan cabaran sejak sekian lama.

Beliau berkata, skop atau bidang kuasa yang akan diberikan kepada agensi pelaksana, prosedur melaksanakan kawal selia dan penguatkuasaan, implikasi kewangan dan tadbir urus perkhidmatan.

“Kerajaan kini sedang dalam proses untuk melaksanakan kajian bagi menyediakan kerangka Akta Anti Rent-Seeking. Proses penyediaan draf akta ini akan dilaksana dengan mendapatkan input daripada pelbagai stakeholder (pemegang taruh).

“Tujuannya adalah bagi mendapatkan perspektif yang jelas isu berkaitan ,rent-seeking, kerana isu ini merentasi pelbagai sektor serta tindakan undang-undang yang bersesuaian,” kata Rafizi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya Zahari Kechik (PN-Jeli) mengenai apakah status perancangan dalam merangka undang-undang anti-ali baba, tindakan undang-undang bagi kesalahan ini dan rasional untuk memperkenalkannya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI