fbpx

Serap lebihan pekerja asing ke sektor ladang, atasi kekurangan buruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebihan pekerja asing di sektor pengilangan dan perkhidmatan boleh dimobilisasi ke sektor perladangan sekali gus bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh kira-kira 40,000 orang.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, berdasarkan statistik, terdapat kira-kira lebihan 165,000 pekerja asing bagi sektor pengilangan serta 27,000 pekerja asing untuk sektor perkhidmatan.

“Mereka ini sepatutnya boleh dimobilisasi ke ladang, ia bagus untuk bantu kekurangan pekerja ladang, tapi masalah ialah mereka masuk di bawah tiket pengilangan dan perkhidmatan, jadi mereka tak nak kerja ladang.

“Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia juga difahamkan telah hentikan kuota bawa masuk pekerja asing ini. Cuma kita yakinkan sebahagiannya untuk masuk sektor ladang,” katanya pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan tambahan Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung usaha dibuat oleh kerajaan dalam memastikan ladang kelapa sawit dapat meningkatkan eksport negara.

Johari berkata, kekurangan kira-kira 40,000 tenaga buruh bagi sektor perladangan itu menyebabkan industri sawit negara menanggung kehilangan RM7.9 bilion nilai eksport. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI