fbpx

Pesara LAP terima suapan didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zulhairi (kiri) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana menerima suapan RM6,000.

IPOH – Seorang pesara Lembaga Air Perak (LAP) dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM6,000 dalam tempoh lapan tahun.

Tertuduh, Mohd. Zulhairi Mohd. Zailani, 61, juga berdepan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Jurutera Kanan, Gred JA38 di Pusat Operasi LAP Wilayah Barat, Taiping didakwa menerima untuk dirinya wang tunai RM6,000 daripada Mohamed Maslan Sheikh Mohamed Noor dari November 2011 hingga Februari 2018.

Suapan itu diberikan sebagai upah bagi memperakukan tuntutan bayaran kerja Syarikat Mohamed Maslan Sheikh Mohamed Noor untuk kerja-kerja menyelenggara dan membaiki paip air di LAP Wilayah Barat meliputi kawasan Larut, Matang dan Taiping.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kes berlainan, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di mahkamah sama hari ini di atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12,000, empat tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Amirul Md. Idrus, 32, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI