fbpx

Lincah di Hollywood, Joe Taslim masih pemalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE TASLIM

NAMA aktor Joe Taslim telah lama menyinar di persada perfileman Indonesia sehingga mampu mengukuhkan langkah di Hollywood, Amerika Syarikat.

Bermula dengan naskhah pecah panggung, Fast and Furious, Star Trek dan terkini menggalas karakter antagonis dalam filem Mortal Kombat, aura luar biasa pelakon kebanggaan Seberang itu semakin diakui ramai.

Begitupun, bekas atlit judo berusia 42 tahun itu mendedahkan, masih tebal dengan sikap pemalu terutama apabila diundang menjayakan acara televisyen seperti program bual bicara.

Katanya dalam satu wawancara, dia bukan seorang yang pandai bercerita hal diri, selain tiada keistimewaan yang boleh dikongsikan kepada khalayak.

Joe yang terkenal dengan filem aksi berkata, dalam lakonan dia boleh menjadi individu lain tanpa mendedahkan personaliti atau kisah peribadi.

Lebih dua dekad dalam arena seni, mungkin itulah mengekalkan kredibiliti dan populariti Joe sehingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI