fbpx

Lelaki solat depan tugu di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berpakaian serba hitam itu dilihat melakukan gerakan seperti bersolat pada waktu malam. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki mengerjakan solat di tengah jalan sambil menghadap Tugu Jogjakarta, lapor laman berita Detik semalam.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram, lelaki berpakaian serba hitam itu dilihat melakukan gerakan seperti bersolat pada waktu malam.

Dia berdiri menghadap ke arah Tugu Jogjakarta di pusat bandar tersebut dan melakukan perbuatannya tanpa menghiraukan kenderaan  lalu-lalang.

Menurut ketua polis tempatan, Octo Noor Arafat, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu pada malam tersebut. Mungkin ia berlaku selepas rutin rondaan anggota kami,” ujarnya.

Tiada maklumat lanjut mengenai lelaki berkenaan, manakala Octo menasihat orang ramai agar melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya melihat kejadian seumpamanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI