fbpx

Empat penginapan pekerja tidak kondusif diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arzanil (depan) memantau keadaan premis penginapan pekerja warga asing dalam Ops Bersepadu Mega Gegar di kawasan perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, hari ini.

SUNGAI PETANI – Empat premis yang dijadikan penginapan pekerja sektor pembuatan di Bukit Selambau dan Kulim, dikesan gagal menyediakan penginapan kondusif serta tidak memiliki perakuan penginapan pekerja daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pengarah JTK Kedah, Arzanil Bahadon berkata, sebanyak 22 kertas siasatan akan dibuka terhadap majikan berkenaan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].

“Dalam serbuan dua hari bermula semalam, kita telah membuat pemeriksaan membabitkan enam premis, tiga di Kulim dan tiga di Bukit Selambau.

“Hasil operasi tersebut kita mendapati empat daripada premis berkenaan gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas Ops Bersepadu Mega Gegar di kawasan perindustrian Bukit Selambau dekat sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua enam premis yang diperiksa melibatkan seramai hampir 303 pekerja tempatan dan kira-kira seramai 871 pekerja warga asing.

“Berdasarkan pemerhatian dalam operasi hari ini, penginapan mereka memang tidak kondusif, kemudahan asas tidak mencukupi seperti katil tanpa tilam, kebersihan persekitaran juga teruk, tiada penyelenggaraan dibuat di premis.

“Keadaan bilik juga agak panas dan kedudukan katil yang padat menjadikan ruangan sempit untuk bergerak, jika berlaku kecemasan, kita bimbang mereka sukar keluar dari premis dengan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI