fbpx

[VIDEO] Tiga lelaki ditahan bergaduh semasa main bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan peserta ketika perlawanan bola sepak di Butterworth, Ahad lalu.

SEBERANG PERAI – Tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil menjadi punca pergaduhan sekumpulan pemain dalam perlawanan bola sepak di Padang St. Mark, Butterworth, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki tempatan berhubung insiden itu.

Menurutnya, laporan itu dibuat susulan pergaduhan yang dikatakan berlaku selepas selesai perlawanan bola sepak terbabit.

“Punca kejadian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusan pengadil selain terdapat perbuatan provokasi sesama pihak dengan cara mempamerkan mimik muka dan gerak badan ketika perlawanan berlangsung.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tiga suspek lelaki yang berusia antara 30 sehingga 40-an pada hari yang sama. Hasil semakan mendapati, salah seorang suspek memiliki satu rekod jenayah lampau pada tahun 2021,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua mereka direman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai siasatan

Tambahnya, usaha mengesan individu lain yang terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Diharapkan orang ramai tidak mensensasikan kejadian terbabit di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi yang boleh menganggu ketenteraman awam.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI