fbpx

Tentera Jordan gugur bantuan kepada penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT tentera Jordan menggugurkan bantuan kemanusiaan di Rafah semalam. - Foto AFP

AMMAN – Tentera Jordan melancarkan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan terbesar untuk penduduk Gaza sejak perang bermula di wilayah Palestin itu pada 7 Oktober tahun lalu, lapor laman berita The Palestine Chronicle semalam.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Jordan, Petra, bantuan tersebut digugurkan dari tiga buah pesawat milik tentera Jordan dan sebuah pesawat C-130 milik Perancis.

Bantuan itu digugurkan di 11 lokasi yang disasarkan di pantai Gaza dari utara hingga ke selatan. 

Menurut Petra, bantuan termasuk makanan itu digugurkan atas arahan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II.

Tentera Jordan berkata, langkah itu diambil bertujuan untuk menyampaikan bantuan secara terus kepada penduduk Palestin.

Tambahnya, setakat ini pasukan itu telah melakukan 16 pengguguran bantuan termasuk untuk hospital lapangan Jordan dan kepada kira-kira 800 orang yang terperangkap di dalam Gereja St. Porphyrios, timur Bandar Gaza.

Beberapa operasi sebelum ini telah dijalankan dengan penyertaan Belanda dan Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.